Industri minyak dan gas mula diterokai di daerah ini di kawasan Kimanis dengan penemuan telaga minyak di pesisir laut daerah ini, yang mana Petronas telah melabur dalam projek Sabah Oil and Gas Terminal atau SOGT. Projek tersebut yang memakan belanja berbilion ringgit telah dilancarkan dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ke-5 pada tahun 2008. Turut dilancarkan adalah projek Sabah-Sarawak Gas Pipeline atau SSGP yang menyalurkan gas asli ke loji pemprosesan diBintulu, Sarawak sepanjang 512 kilometer. Projek SOGT dan SSGP tersebut adalah salah satu projek utama di bawah Koridor Pembangunan Sabah yang bertujuan mengubah lanskap daerah ini khususnya dan negeri Sabah amnya ke arah lebih maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.[9]
Friday, 17 June 2016
Pelancongan
Daerah ini juga terkenal dengan beberapa kawasan pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam negara mahupun luar negara. Industri pelancongan adalah antara industri terpenting bagi daerah ini selepas pertanian. Banyak kawasan pelancongan dan resort boleh dijumpai di sekitar daerah ini, antaranya:
- Beringgis Beach Resort
- Pulau Dinawan
- Hutan Lipur Kawang
- KK Adventure Park
- Mai Aman
- Berjaya Beach Resort
- Langkah Syabas Beach Resort
- Utan Paradise Jungle Camp
- Pantai Manis
- Borneo Golf & Country Club
Selain itu, beberapa buah inap desa (homestay) juga terdapat di sekitar daerah ini.
Pendidikan
Daerah Papar terkenal sebagai Hab Pendidikan bahagian pantai barat. Di sini terdapat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kedua-duanya merupakan yang pertama seumpamanya di Sabah. Kompleks pendidikan boleh dilihat di kawasan Kinarut di mana banyak ditempatkan institusi pengajian seperti IKBN, MRSM, dan Pusat Latihan Koperasi (PULAKOP). Di kawasan ini juga menempatkan dua buah sekolah menengah agama iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha dan SMA Toh Puan Hajah Rahmah yang baru.
Daerah Papar juga memiliki sekolah berasaskan agama yang terbanyak di antara semua daerah di Sabah sebanyak empat buah sekolah, iaitu SMK(A) Tun Datu Mustapha, SMK(A) Limauan, SMA Toh Puan Hajah Rahmah dan SMA Islamiah Papar. Kedua-dua SMK(A) terletak di bawah kelolaan kerajaan persekutuan manakala kedua-dua SMA terletak di bawah kelolaan kerajaan negeri.
Selain itu, daerah ini juga mempunyai banyak sekolah menengah utama seperti SMK Majakir, SMK Takis, SMK Benoni, SM St. Joseph, SMK Kinarut, SMK Bongawan, dan SMK Pengalat manakala sekolah agama pula ialah,San Benoni,San Kelanahan,San Buang sayang dan banyak lagi.selain itu terdapat juga sekolah rendah yg terdapat di daerah papar.
Saya ingin mengkongsikan antara cerita lama saya semasa berada di sekolah agama benoni (san) benoni ,ingin saya kongsikan melalui pengalaman saya mengajar disana sebagai seorang ustazah sementara ianya ialah sekolah yang unik dimata saya kerana kebudayaan yang unik. bukan itu sahaja sekolah agama tersebut juga terdapat di kawasan kampung ,tujuannya untuk menyenangkan warga kampung untuk menghantar ke sekolah tersebut.Kelasnya pula terdiri daripada 12 buah dan dibuat daripada kayu kecuali kelas tahun6 yang telah dibuat menggunakan batu bata. .Tetapi dukacita bahawa kini saya mengetahui bahawa sekolah agama itu telah dirobohkan dan telah dibina semula di kwasan lain.Banyak memori indah terukir semasa saya berada disana.saya berharap agar semangat ingin menuntut ilmu ini akan dikekalkan hingga ke generasi yang seterusnya.
Perhubungan
Tahap hubungan ke bandar Papar adalah sangat tinggi memandangkan ia terletak di lebuh raya utama Pan Borneo FT1 yang menghubungkan Kuching, Sarawak hingga ke Tawau, Sabah. Papar dihubungkan secara tidak langsung ke Jalan Persekutuan 1 melalui Jalan Cabang Papar. Walaupun lebuh raya ini cuma terdiri daripada dua lorong, namun ianya adalah laluan utama untuk sampai ke sini. Selain itu, terdapat satu lagi laluan utama ke Papar yang berstatus jalan negeri, iaitu Jalan Pengalat-Lok Kawi A25, tetapi jalan ini hanya sesuai digunakan oleh kenderaan ringan sahaja berikutan kelegaan jambatan kekuda Sungai Papar yang begitu rendah.[7]
Tidak cukup dengan itu, sistem kereta api juga meningkatkan lagi tahap ketersampaian ke bandar ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat stesen utama kereta api selain Tanjung Aru, Putatan, Beaufort dan Tenom.
Mengikut kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada sidang Dewan Undangan Negeri sekitar April 2014, Jalan Lok Kawi-Papar FT1 yang menghubungkan daerah ini dengan daerah Putatan dan Kota Kinabalu akan dinaik taraf kepada standard JKR R5 menjadikannya lebuh raya berkembar dua lorong dua hala, bermula dari persimpangan Lok Kawi menghala sehingga bulatan Benoni. Projek naik taraf tersebut akan dimulakan sebelum akhir tahun 2014 hingga 2017.[8]
Pembangunan
Walaupun jarak di antara Papar dan Bandar Raya Kota Kinabalu tidaklah begitu jauh, namun pembangunan bagi daerah ini agak perlahan jika dibandingkan dengan bandar Putatan yang telah menjadi sebahagian sub-bandar Kota Kinabalu dalam lingkunganGreater Kota Kinabalu. Akan tetapi bandar Papar merupakan bandar satelit bagi Kota Kinabalu dan ia termasuk dalam lingkungan Metropolitan Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Metropolitan Area kerana tahap kependudukan yang tinggi.
Terdapat juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar, serta beberapa buah pasar raya seperti Giant menjadikan tempias pembangunan semakin dirasai oleh penduduknya. Stesen Kereta Api Papar adalah salah sebuah stesen perhentian kereta api utama yang terletak bersebelahan dengan terminal bas bersepadu.
Selain itu, bandar Papar juga mempunyai dua buah dewan masyarakat yang dikenali sebagai Dewan Masyarakat Baru dan Dewan Datuk Salleh Sulong yang mejadi tempat venue utama pelbagai acara, sebagai contoh pertandingan sepak takraw ketika SUKMA ke-9 dan Pesta Gambus Sabah telah diadakan di Dewan Masyarakat Baru. Kawasan perumahan juga semakin banyak didirikan di sekitar bandar ini bagi menampung permintaan penduduk. Di Kinarut pula terdapat ibu pejabat batalion polis yang baru diwujudkan.
Kawasan Benoni yang terletak hanya 4 kilometer dari pusat bandar Papar akan dibangunkan menjadi sebuah bandar baharu tidak lama lagi dan bakal dilengkapi dengan pusat beli belah, bangunan kolej dan taman rekriasi. Projek pembangunan Benoni Commercial Centre (BCC) yang bakal dijalankan akan menjadikan bandar Papar semakin membesar sehingga ke kawasan Benoni.[5]
Projek naik taraf dan pembesaran hospital Papar juga akan dilaksanakan. Projek tersebut termasuk membina blok bangunan hospital baru setinggi lima tingkat bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Papar.[6]
| Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang |
Bandar dan Daerah
Bandar Papar menempatkan beberapa bangunan penting antaranya bangunan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Papar, pasar am, stesen kereta api, pejabat urusetia, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.
Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang.
Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, danBongawan pula di sebelah selatan. Populasinya pula sehingga tahun 2010 adalah dianggarkan sebanyak 130 000 orang, dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Melayu Brunei, Bajau, Kadazandusun serta beberapa suku bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.[4]
Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan suatu ketika dahulu terkenal sebagai jelapang padi Sabah. Namun akibat wujudnya pembangunan yang semakin ketara telah menyebabkan kawasan sawah padi di daerah ini semakin berkurang.
Sejarah
Asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata. Seperti mana kebanyakan tempat seluruh jalur pantai barat Sabah, Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Ketua masyarakat tempatan pada ketika itu adalah Datu Amir Bahar yang berketurunan Bajau. Papar kemudiannya telah diserahkan kepada adik-beradik Overback dan Dent pada tahun 1877.[2]
Pegawai British pertama yang mentadbir Papar pada ketika itu adalah H.L. Leicester. Pentadbirannya bermula pada februari 1878 yang memfokuskan untuk mengingkatkan hasil pulangan daerah tersebut. Walau bagaimanapun, masalah kewangan yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara British pada waktu itu telah membantutkan hasrat Leicester. Beliau kemudiannya digantikan oleh Alfred Hart Everett.[3]
Papar sabah
Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Papar juga terkenal sebagai destinasi terakhir laluan North Borneo Railway bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan kereta api stim tersebut.
Ekonomi
Ekonomi Sabah
Ekonomi di Sabah sentiasa bergantung kepada industri eksport bagi komoditi utama dan komodit
i-komoditi lain yang diproses secara minima. Selain daripada pengilangan kayu yang biasa dilakukan,
sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan juga semakin meningkat, dan ianya semakin pantas
menjadi sumber utama ekonomi di negeri Sabah. Walau bagaimanapun, petroleum, minyak sawit dan
koko masih kekal sebagai tiga komoditi yang sentiasa dieksport keluar dari negeri ini. Oleh sebab s
umber-sumber semulajadi yang kaya di negeri ini, hampir 1/7 tanah di kawasan sekitar Sabah adalah
sesuai untuk membangunkan sektor pertanian.
Rakyat dan Sejarah Sabah
Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Pesta Menuai yang disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun adalah percutian yang amat diraikan oleh etnik Kadazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak. Bajau, atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur', dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah. Suku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an, dan banyak lagi. Di samping itu, orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi.
Sejarah Sabah boleh dikesan kembali kepada kira-kira 20,000 - 30, 000 tahun yang lalu dengan bukti-bukti yang mencadangkan bahawa manusia awal telah wujud. Syarikat Berpiagam Borneo Utara berfungsi memerintah Sabah (kemudian dikenali sebagai Borneo Utara) dari tahun 1881 sehingga 1942, apabila tentera Jepun menyerang Borneo Utara semasa Perang Dunia II. Akibat peperangan yang menghancurkan itu, Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mempunyai sumber kewangan untuk membina semula negeri Sabah. Oleh sebab demikian, wilayah itu telah diletakkan di bawah kawalan pejabat kolonial dan menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. Beberapa tahun selepas itu, Sabah mencapai pemerintahan sendiri dari British, dan telah bersatu dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Flora dan Fauna
Pengenalan
mengenai sabah
Fakta mengenai Sabah
Negeri di Bawah Bayu, Sabah, adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13 negeri dan 3
wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang
dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian
Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.
wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang
dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian
Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.
Klimat / Suhu
Iklim di seluruh negeri Sabah adalah iklim khatulistiwa / tropika dengan anggaran suhu 32°C (90°F) bagi kawasan
tanah rendah dan purata suhu 21°C (70°F) bagi kawasan tanah tinggi. Sabah secara kebiasaannya adalah panas
dan cerah sepanjang tahun. Dalam iklim tropika seperti ini, ia adalah dinasihatkan untuk berpakaian selesa dalam
kain linen yang ringan, kain jenis kapas, baju kemeja-T, seluar pendek, atau seluar jeans untuk mengelakkan rasa
terlalu panas. Hujan juga adalah biasa sepanjang tahun, tetapi ia boleh menjadi jauh lebih lembap ketika musim
Monsun Timur Utara (Oktober - Februari), dan panas / kering antara bulan Mei dan September
tanah rendah dan purata suhu 21°C (70°F) bagi kawasan tanah tinggi. Sabah secara kebiasaannya adalah panas
dan cerah sepanjang tahun. Dalam iklim tropika seperti ini, ia adalah dinasihatkan untuk berpakaian selesa dalam
kain linen yang ringan, kain jenis kapas, baju kemeja-T, seluar pendek, atau seluar jeans untuk mengelakkan rasa
terlalu panas. Hujan juga adalah biasa sepanjang tahun, tetapi ia boleh menjadi jauh lebih lembap ketika musim
Monsun Timur Utara (Oktober - Februari), dan panas / kering antara bulan Mei dan September
Subscribe to:
Comments (Atom)